Tarikh    

 4 & 5 April 2022

 Masa

:

 10 pagi - 12 tengahari & 2 petang - 4 petang

 Tempat

:

 PEDi FELDA Selancar 1

 Peserta         

 1 orang

Tujuan:

Kelas dan latihan keusahawanan ini terdiri daripada 1 orang ikon usahawan PEDi Selancar 1. Kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada usahawan tentang cara mengguna Facebook sebagai platform untuk perniagaannya. Pelajar juga diberi pendedahan tentang cara memasukkan gambar ke dalam Facebook untuk tujuan promosi.

Aktiviti:

Peserta mendengar penerangan daripada petugas PEDi tentang platform Facebook dengan betul dan memberi latihan secara langsung yang mudah difahami dan diiukuti. Untuk meningkatkan tahap kemahiran penggunaan komputer, pelajar dikehendaki memuat naik sendiri gambar ke dalam Facebook di hadapan pengajar. Selain itu, pelajar juga dikehendaki untuk mereka sendiri ayat untuk mempromosikan produk jualan mereka di media sosial tersebut.

Klik gambar di sini

 

Tarikh    

 2 & 3 April 2022

 Masa

:

 10 pagi - 12 tengahari & 2 petang - 4 petang

 Tempat

:

 PEDi FELDA Selancar 1

 Peserta         

 2 orang

Tujuan:

Kelas dan latihan ICT ini terdiri daripada 2 orang adik beradik yang bersekolah di SK LKTP Felda Selancar 1. Kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang alat perkakasan komputer dan cara penggunaan komputer yang betul dan pantas. Peserta diberi pendedahan tentang fungsi papan kekunci serta kompenen lain dan cara menggunakannya. Pelajar juga diberi pendedahan tentang menu task di dalam komputer serta cara untuk melayari internet. 

Aktiviti:

Peserta mendengar penerangan daripada tenaga pengajar tentang alat komponen komputer dengan betul dan memberi latihan secara langsung yang mudah difahami dan diiukuti. Untuk meningkatkan tahap kemahiran penggunaan komputer, pelajar dikehendaki membuat latihan tutorial di hadapan pengajar. Selain itu, pelajar juga dikehendaki untuk menaip sendiri bahan carian yang hendak dicari di internet sebagai latihan untuk menguji tahap kefahaman pelajar tersebut mengenai internet.

Diakhir kelas, peserta mampu mengenal dan menggunakan komputer dengan kaedah yang betul dan peserta telah mempunyai tahap kemahiran ICT yang memuaskan.

Klik gambar di sini

 

Tarikh            

:

26 &  27 Mac 2022 

Masa

:

2:30 - 5:00pm

Tempat

:

PEDi Felda Selancar 1        

Peserta

2 orang

Tujuan:-

Untuk mempelajari cara untuk mencipta akaun shopee dan cara menggunakan akaun shopee tersebut. Selain itu juga peserta didedahkan cara menggunakan platform shopee mereka sendiri

Aktiviti :-

  • Peserta diberi penerangan terlebih dahulu tentang cara mencipta akaun shopee dan proses pendaftaran shopee. Peserta diberi demo dan peserta perlu membuat sendiri. Peserta diminta untuk memasukkan data maklumat ke dalam shopee seperti email, username dan password. Selepas membuat akaun shopee peserta diminta untuk mencuba akaun tersebut tersebut dengan cara memasukkan username dan password.
  • Peserta didedahkan cara penggunaan shopee dan mereka boleh mengemaskini jualan dan boleh memantau jualan harian mereka dari semasa ke semasa.

 

Klik gambar di sini