TASIK BIRU BUKIT IBAM
Tasik Biru merupakan salah satu tempat kunjungan dan rekreasi orang ramai di sekitar Muadzam Shah, Keratong dan kawasan yang berdekatan. Tasik ini terletak di Bukit Ibam iaitu dalam daerah Rompin. Keunikan tasik ini dipanggil tasik biru kerana warna airnya yang berwarna biru yang menarik perhatian orang ramai apabila berkunjung ke sini.
Tasik Biru Bukit Ibam
BUKIT RIDAN
Di sekitar Muadzam Shah juga terdapat satu bukit yang dinamakan Bukit Ridan. Bukit Ridan ini sudah menjadi tempat untuk orang ramai melakukan aktiviti luar iaitu memanjat bukit ataupun hiking.
Bukit Ridan Muadzam Shah
Felda Selancar 1 merupakan sebuah kawasan yang didiami oleh masyarakat dan komuniti yang majoriti nya ialah peneroka Felda ini. Berdekatan Felda Selancar 1 ini juga mempunyai penduduk desa Perwira Jaya dan Selancar 6 yang menyumbang kepada populasi Felda Selancar 1 ini. Oleh yang demikian, jika terdapat sebarang kenduri kendara di kawasan Felda Selancar 1 ini mereka akan mencari tempat untuk persinggahan sebentar sebagai contoh Rumah Inap Desa atau Homestay.
HOMESTAY TOK MAT
Homestay ToK Mat telah diusahakan oleh seorang penduduk Perumahan Perwira Jaya iaitu Encik Mohd Bin Yatimin. Beliau telah mengusahakan Homestay ini sejak 5 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2017. Beliau juga memiliki 3 buah homestay yang selesa dan sesuai untuk seisi keluarga dengan kadar yang berpatutan.