Tarikh            

:

 21 Disember 2022 

Masa

:

 11:00am - 12:00pm

Tempat

:

 PEDi Felda Selancar 1        

Peserta

 5 0rang

Tujuan:-

Kelas E-learning yang diadakan ialah permainan dalam pembelajaran yang disertai oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Peserta akan diberikan kuiz yang berbentuk silang kata. Berdasarkan aktiviti ini, peserta akan didedahkan bahawa dengan penggunaan internet juga, mereka dapat belajar sambil bermain. Ia juga dapat menarik minat peserta atau kanak-kanak untuk belajar.

  • Petugas akan membuka aplikasi permainan dalam pembelajaran.
  • Peserta boleh menyelesaikan silang kata.

Klik gambar di sini

Tarikh            

:

 16 Disember 2022 

Masa

:

 11:00am - 12:30pm

Tempat

:

 PEDi Felda Selancar 1        

Peserta

 5 0rang

Tujuan:-

Kelas asas pengenalan microsoft word yang disertai oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Peserta akan didedahkan dengan kegunaan perisian microsoft word iaitu perisian yang digunakan untuk pemprosesan perkataan untuk membuat pelbagai jenis dokumen seperti surat. Peserta akan diajar cara menaip dengan menggunakan menu bar yang ada di microsoft word. 

 

  • Petugas akan menyuruh peserta menaip nama mereka. 
  • Petugas akan mengajar cara untuk menukar font, saiz font dan warna.
  • Seterusnya, petugas akan mengajar cara untuk copy, cut dan paste.

Klik gambar di sini

Tarikh            

:

 14 Disember 2022 

Masa

:

 4:00pm - 5:30pm

Tempat

:

 PEDi Felda Selancar 1        

Peserta

 4 0rang

Tujuan:-

Kelas microsoft word yang disertai oleh oleh empat orang pelajar tingkatan tiga. Kelas ini diadakan kerana mereka perlu membuat kerja kursus bagi mata pelajaran mereka. Oleh itu, melalui kelas ini, pelajar dapat belajar cara menggunakan microsoft word dalam penulisan kerja kursus dengan betul. Mereka dapat belajar format sebenar dalam penulisan kerja kursus. Selain itu, mereka belajar format untuk membuat muka surat yang betul dan cara menyemak kesalahan ejaan dalam penulisan mereka. 

  • Petugas mengajar format yang betul dalam penulisan.
  • Petugas mengajar cara membuat muka surat.
  • Seterusnya, petugas mengajar cara menyemak kesalahan ejaan dalam penulisan.

Klik gambar di sini

Tarikh            

:

 15 Disember 2022 

Masa

:

 10:00am - 11:30am

Tempat

:

 PEDi Felda Selancar 1        

Peserta

 12 0rang

Tujuan:-

Kelas asas pengenalan komputer yang disertai oleh 12 orang pelajar sekolah rendah. Peserta akan didedahkan dengan komponen-komponen asas komputer dan fungsi komponen kepada peserta. Peserta dapat mengenal melalui gambar yang dipaparkan dan menyebut komponen asas komputer serta mengetahui fungsi dan cara menggunakan komponen-komponen tersebut. 

  • Petugas akan memaparkan gambar komponen.
  • Petugas akan menyebut nama komponen dan diikuti oleh peserta.
  • Seterusnya, petugas akan menerangkan fungsi setiap komponen.

Klik gambar di sini

Tarikh            

:

 07 Disember 2022 

Masa

:

 10:00am - 12:00pm

Tempat

:

 PEDi Felda Selancar 1        

Peserta

 1 0rang

Tujuan:-

Kelas asas pengenalan internet yang disertai oleh seorang wanita yang berumur 40-an. Peserta akan didedahkan cara search video yang ingin dicari, memuat turun video dan trim video. Melalui kelas ini, peserta mempunyai pengetahuan untuk memuat turun video dan juga peserta dapat menghasilkan video yang menarik. 

Aktiviti :-

  • Petugas mengajar peserta cara search video.
  • Petugas mengajar peserta memuat turun video yang dipilih oleh peserta.
  • Seterusnya, petugas akan mengajar cara untuk trim video. 

Klik gambar di sini