Tarikh |
: |
6 September 2022 |
Masa |
: |
3:00 pm - 5:00 pm |
Tempat |
: |
PEDi Felda Selancar 1 |
Peserta |
: |
3 orang |
Tujuan:-
Kelas ini disertai oleh 3 orang pelajar sekolah menengah tingkatan 2 yang telah hadir ke PEDI Felda Selancar untuk mempelajari pengenalan internet dan cara-cara mencari bahan pembelajaran melalui internet. Mereka perlu menyiapkan satu projek Reka Bentuk Teknologi.
Aktiviti :-
Pelajar diberi penerangan terlebih dahulu tentang beberapa contoh medium pembelajaran yang boleh diakses. Selepas itu mereka diberi tontonan pembelajaran mengenai projek yang perlu mereka buat melalui Youtube. Di akhir kelas dan latihan, pelajar dapat meningkatkan pengetahuan tentang asas komputer.
Tarikh |
: |
5 September 2022 |
Masa |
: |
4:00 pm - 5:30 pm |
Tempat |
: |
PEDi Felda Selancar 1 |
Peserta |
: |
1 orang |
Tujuan:-
Mempelajari cara menggunakan applikasi Canva secara atas talian untuk menghasilkan Nota Pembelajaran.
Aktiviti :-
- Peserta diberi penerangan dan demo terlebih dahulu tentang cara menggunakan applikasi Canva. Peserta diberi demo dan peserta perlu membuat sendiri. Peserta diminta untuk membuat Nota Pembelajaran mengikut kesesuaian dan citarasa mereka sendiri.
- Peserta didedahkan cara penggunaan Canva dengan betul dan mudah dan mereka boleh memuat turun terus nota tersebut dari applikasi Canva.
Tarikh |
: |
17 Ogos 2022 |
Masa |
: |
8:00 am - 12:30 pm |
Tempat |
: |
PEDi Felda Selancar 1 |
Peserta |
: |
170 orang |
Tujuan:-
Hari Bersama Komuniti PEDI Felda Selancar 1 diadakan untuk mempromosi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang baru, mengukuhkan Hubungan Komuniti, Agensi Awam dan Swasta, serta Usahawan dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) supaya berterusan. Memberi makluman dan Promosi Perkhidmatan baru dan akan datang.
Aktiviti :-
Terdapat pelbagai aktiviti diadakan semasa Hari Bersama Komuniti seperti Pertandingan Gubahan Sayuran, Pertandingan Masakan Puding, Pertandingan ICT, Pameran Agensi dan Jualan Usahawan.
Tarikh |
: |
4 September 2022 |
Masa |
: |
7:00 am - 1:00 pm |
Tempat |
: |
Padang Awam Felda Selancar 1 |
Peserta |
: |
150 orang |
Tujuan:-
Sambutan Kemerdekaan ke 65 ini disertai oleh 150 orang warga komuniti Felda Selancar 1 dan Perwira Jaya yang memasuki pelbagai acara sempena Hari Kemerdekaan 2022.
Aktiviti :-
Terdapat beberapa acara dan aktiviti yang dipertandingkan:
- Fun Run
- Sukan Rakyat
- Pertandingan Mewarna Poster
- Pertandingan Gubahan Tuala
- Pertandingan Masakan Asam Pedas
Tarikh |
: |
16 Ogos 2022 |
Masa |
: |
8:00 am - 11:00 am |
Tempat |
: |
PEDi Felda Selancar 1 |
Peserta |
: |
50 orang |
Tujuan:-
Sukaneka ini disertai oleh 50 orang peserta dewasa dan kanak-kanak yang memasuki pelbagai acara sempena Hari Bersama Komuniti 2022.
Aktiviti :-
Terdapat beberapa acara sukaneka yang dipertandingkan:
- Isi air dalam botol
- Lari ikat kaki
- Cari gula-gula dalam tepung
- Balut mumia
- Bowling kelapa