Tarikh            

:

02 Disember 2023

Masa

:

 11.00am -12:30pm

Tempat

:

 PEDi Felda Selancar 01      

Peserta

10 0rang

tujuan

Kelas ini membantu peserta yang terdiri daripada usahawan yang ingin memulakan menjual barang menggunakan platform Shopee. Melalui kelas ini, peserta akan diterangkan untuk membuka akaun menjual dalam akaun shopee. Seterusnya, peserta akan didedahkan cara untuk memasukkan gambar produk dan pemilihan gambar produk yang dapat menarik pelanggan. Selain itu, peserta akan diajar cara untuk kira harga produk dan cas yang dikenakan oleh pihak shopee agar peserta dapat mengetahui harga yang sesuai untuk dijual di dalam shopee. Melalui kelas ini juga dapat membantu menjawab segala persoalan daripada peserta mengenai shopee.

Klik gambar di sini

Tarikh            

:

02 Disember 2023

Masa

:

 10.15am -11:00am

Tempat

:

 PEDi Felda Selancar 01      

Peserta

 15 0rang

tujuan

Permainan dam ular merupakan permainan papan klasik yang diminati oleh kanak-kanak. Hal ini kerana permainan dam ular ini mudah untuk difahami dan dimainan untuk lapisan umur. Permainan ini dapat mencerdaskan minda iaitu untuk menyusun strategi untuk membaling dadu. Selain itu, Ia juga dapat memupuk kemahiran softskills iaitu cara komunikasi antara kawan yang lain kerana permainan ini dimainkan secara berkumpulan. 

Klik gambar di sini

Tarikh            

:

02 Disember 2023

Masa

:

 09.00am -09:40am

Tempat

:

 PEDi Felda Selancar 01      

Peserta

 12 0rang

tujuan

Sukaneka ini disertai seramai 12 peserta. Sukaneka ini, Kaki peserta antara pasangan akan diikat dengan reben. Seterusnya,mereka akan berlari bersama dengan kaki diikat. Pasangan yang sampai ke garisan penamat dahulu dikira pemenang. 

Klik gambar di sini

Tarikh            

:

02 Disember 2023

Masa

:

 09.40am -10:15am

Tempat

:

 PEDi Felda Selancar 01      

Peserta

 11 0rang

tujuan

Sukaneka ini disertai seramai 10 peserta. Sukaneka ini, peserta akan mengasingkan barang-barang yang telah dicampur aduk yang terdapat dalam pinggan antaranya kacang merang, kacang hijau, jagung dan bunga cengkih di pinggan yang lain. Peserta yang pantas mengasingkan barang-barang tersebut dikira pemenang. Melalui aktiviti ini ia dapat membantu peserta memberi tumpuan dan kesabaran untuk mengasingkan barang-barang tersebut. 

Klik gambar di sini

Tarikh            

:

02 Disember 2023

Masa

:

 10.00am -11:00am

Tempat

:

 PEDi Felda Selancar 01      

Peserta

 20 0rang

tujuan 

Pertandingan mewarna ini disertai seramai 20 pelajar tadika Felda Selancar 1. Peserta akan mewarnakan gambar Malaysia Madani dengan bimbingan guru serta petugas. Peserta akan mewarna gambar sehingga selesai. Melalui aktiviti mewarna ini ia dapat membantu peserta meningkatkan tumpuan iaitu peserta memberi tumpuan yang penuh kepada aktiviti mewarna agar mereka dapat mewarna dengan sempurna tanpa contengan di luar gambar.  Selain itu, ia merangsang peserta untuk berfikir dengan lebih kreatif dan dapat memaparkan kreativiti mereka untuk mewarnakan gambar. Seperti,mewarnakan gambar bunga raya dengan warna merah.

Klik gambar di sini