Tarikh |
: |
22 Julai 2023 |
Masa |
: |
08:00am - 01:30pm |
Tempat |
: |
Dewan Serbaguna MDR Selancar 2 |
Peserta |
: |
230 0rang |
FELDA Selancar 1 terletak di Mukim Keratong, Daerah Rompin dan berhampiran dengan Bandar Tun Abdul Razak dan Muadzam Shah merupakan pekan paling hampir dengan Felda Selancar 1. Penduduknya mendapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti kesihatan, perbankan dan keperluan harian di pekan yang jaraknya kira-kira 58 kilometer. Kemudahan jalanraya berturap memudahkan lagi pergerakan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menyelesaikan pelbagai urusan dan mendapatkan keperluan harian.
Persatuan wanita yang berdaftar dengan badan kerajaan di Felda Selancar 1 adalah Gerakan Persatuan Wanita (GPW). Pengerusinya, Puan Suriani Binti Zainuddin sentiasa aktif bagi memastikan kaum wanita di kampung ini sentiasa bersatu padu melalui aktiviti-aktiviti seperti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung dan di kenduri-kendara.
Golongan wanita merupakan antara golongan yang aktif di kawasan Felda Selancar 1. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh golongan wanita di sini untuk mengisi waktu yang terluang dan menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah. Oleh yang demikian, dengan adanya PEDi, golongan wanita ini boleh bergiat aktif secara global dan intelektual untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang ICT. Golongan wanita di sini aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti luaran. Mereka melakukan pelbagai aktiviti seperti melakukan majlis kenduri, aktiviti gotong-royang dan pelbagai aktiviti-aktiviti luaran lain. Organisasi ini juga dinamakan Gerakan Persatuan Wanita (GPW).
Persatuan Belia Felda Selancar 1 masih baru ditubuhkan iaitu pada tahun 2008. Namun begitu, persatuan ini juga bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan berbentuk kemasyarakatan dan kesukanan. Mereka akan mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Antaranya ialah bermain futsal dan badminton bagi belia lelaki dan bermain bola jaring bagi belia wanita.
Organisasi ini dinamakan Persatuan Belia Felda Selancar 1. Persatuan ini telah diketuai oleh Encik Mohd Fiyyas Bin Zaini yang merupakan Ketua Belia yang banyak membantu belia Felda Selancar 1. Beliau merpakan anak jati Felda Selancar 1, oleh kerana itu belia Felda Selancar 1 telah berjaya dalam beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2021 dan tahun ini.
Bangunan belia ini terletak bersebelahan dengan Pejabat JKKK dan PEDi Felda Selancar 1. Terdapat ahli jawatankuasa dan ahli urusetia telah dilantik yang bersama-sama menjalankan aktiviti yang dirancangkan sehingga berjaya .
Halaman 2 dari 2